26.2.10

Langkah Pertama Ahli Kadet Remaja Sekolah..

Sebagai Ahli KRS yang baru, saya maksudkan ahli tingkatan 1..
Langkah pertama anda sepatutnya membeli sebuah buku log.
Buku log sebaiknya buku berkulit tebal yang boleh tahan lama (tahan sehingga anda tingkatan 5).
Buku log tersebut sepatutnya dimulai dengan butiran peribadi anda, catatan semua aktiviti KRS yang anda sertai dan rekod ujian-ujian yang telah anda lalui sepanjang anda menjadi ahli KRS.
Buku ini anda bawa bersama seandainya anda bertukar ke sekolah lain selepas PMR nanti.
Akan datang saya akan kongsikan dengan anda cara-cara menulis buku log ini..
Jumpa lagi..